14 Perkara Sunat di Hari Asyura (Hari ini - 10 Muharram )

Foto: arrahmah 1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan...


Foto: arrahmah
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca surat Al-Ikhlas hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Al-Ikhlas 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel,
nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati hati dikala orang semua sdh mati hatinya.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat –
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari
sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. ( Ianah Thalibin, khazinatul Asrar Dll)

Related

Syari'at Islam 6378717616436235558

Terkini

Adv

Facebook Kami

10 Paling Populer

Total Tayangan Halaman

Adv

item